Kelas Kemahiran Kendiri Membuat resume kerja

23 Mac 2024 | Aktiviti Terkini

Pada 22 Mac 2024, (NADI) Kg Paya Jakas telah membantu seorang penduduk Encik Zainul Ariffin untuk membuat resume yang sesuai dengan pekerjaannya.

Beliau meminta tunjuk ajar cara untuk menyusun resume tersebut untuk tampak lebih menarik dan efisien. Beliau juga menanyakan cara untuk memasukkan gambar yang diambil dari aplikasi WhatsApp untuk diletakkan di dalam resum tersebut.

Kelas ini berlangsung selama 2 jam bermula 3.00pm sehingga 5.00pm.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali