Maklumat Komuniti

Ringkasan

Kampung Paya Jakas

Kampung Paya Jakas terletak di dalam daerah Segamat di Bawah Mukim Jementah. Kampung Paya Jakas merupakan salah satu penempatan terawal penduduk Melayu di Jementah. Kampung ini telah wujud sebelum kemerdekaan Malaysia pada 1957. Bandar terdekat ialah bandar Segamat dengan jarak kira-kira 18.26km dan bandar Tangkak dengan jarak 22.07km dan dihubungkan melalui sebatang jalan raya merentasi tengah tengah perkampungan ini. Kampung Paya Jakas adalah sebuah perkampungan kecil yang sangat tenang di sekelilingnya, dengan Gunung Ledang yang berdiri megah menghiasi latar belakangnya.

Populasi

Jumlah penduduk Kampung Paya Jakas ialah seramai 540 orang yang terdiri daripada bayi, kanak-kanak, dewasa, warga emas dan OKU. Manakala keluasan tanah Kampung Paya Jakas adalah kira-kira 300 hektar. Majoriti penduduk Kampung Paya Jakas berbangsa Melayu. Kebanyakan penduduknya bekerja sendiri seperti pekebun kecil dan peniaga, diikuti oleh kakitangan kerajaan dan pekerja swasta.

Parlimen

Y.B. Dato’ Seri Dr Santhara
Jawatan dalam Kabinet : Tiada
Parti : PKR
Parlimen : P104
Kawasan : Segamat
No. Telefon : 07-947 1044 / 012-677 4777
No. Fax : -
E-Mail : santhara@parlimen.gov.my
Alamat Surat-menyurat :NO 7 Taman Puteri,85200 Jementah,Segamat Johor.

DUN

En. Tan Chen Choon
Jawatan dalam Kabinet : Tiada
Parti : DAP
DUN : N02
Kawasan : Jementah
No. Telefon : 07-947 1458
No. Fax : 07-947 1458
E-Mail : tanchenchoon@gmail.com
b NO 7 Taman Puteri,85200 Jementah,Segamat Johor.

Penghulu

Nama: En. Ahmad Zaidi Bin Sajidan
Jawatan : Penghulu
Kawasan : Jementah, Segamat Johor
No Telefon : 012-7583426

Ketua Kampung

Nama :Encik Khairullah Bin Daud
Jawatan :Ketua Kampung
Kawasan :Kampung Paya Jakas
No Telefon:016-2363537