Rekreasi Dan Pelancongan

Air Terjun Jeram Tinggi, Jementah

Terletak berhampiran bandar Jementah di daerah Segamat Johor, kawasan perkelahan Jeram Tinggi merupakan salah satu air terjun yang terdapat di sekitar kawasan Taman Negara Johor Gunung Ledang selain Air Terjun Gunung Ledang di Sagil dan Air Terjun Asahan di Asahan, Johor. Namanya tak sepopular dua air terjun berkenaan yang lebih besar, tapi tempat ni juga tak kurang menariknya untuk dikunjungi bersama keluarga.

Kawasan ini dikendalikan oleh Majlis Daerah Segamat (MDS) dan untuk memasuki kawasan ini tak dikenakan sebarang bayaran kepada pengunjung. Kawasan perkelahan ni terletak betul-betul di sempadan Taman Negara Johor Gunung Ledang. Di sini juga merupakan titik permulaan bagi salah satu trek pendakian Gunung Ledang yang dipanggil Ledang via Jementah (LVJ).

Meredah hutan selama kira-kira 40 minit hingga satu jam (mengikut kemampuan) dari kawasan tempat letak kereta, pengunjung boleh menikmati keindahan Air Terjun Jeram Tinggi yang cantik dan masih belum terusik di tengah hutan simpan. Air terjun ini terletak dalam kawasan Taman Negara Johor Gunung Ledang, dan pengunjung perlu mendapatkan kebenaran daripada Perbadanan Taman Negara Johor sebelum melakukan sebarang aktiviti trekking ke air terjun ni.


Gelanggang Badminton

Terdapat juga gelanggang badminton yang beroperasi setiap hari bermula dari jam 10 pagi sehingga 12 malam. Bayaran yang dikenakan amat berpatutan.


Bukit Botak Jementah

Bukit Botak Jementah yang terletak di belakang pekan Jementah, sememangnya menjadi tumpuan pengunjung pada hujung minggu. Laluan denai menaiki bukit dengan jarak kira-kira 4km menjadikan Bukit Botak sebagai tumpuan untuk penduduk sekitar untuk beriadah pada waktu lapang. Antara aktiviti yang boleh dilakukan di sini adalah berjoging, mengayuh basikal dan mendaki bukit. Seluruh pekan Jementah boleh dilihat dari puncak bukit ini. Bukit ini juga merupakan lokasi terbaik untuk menyaksikan matahari terbenam.

*kredit imej googlemaps.com