Keusahawanan

Warisan Guest House

Warisan Guest House terletak di Taman Pelangi Jementah berhampiran dengan Kg. Paya Jakas dan telah memulakan operasi pada 22 Oktober 2015. Ia juga terletak berhampiran dengan pekan Jementah iaitu sejauh 1-2km. Pemiliknya adalah En. Azmi Bin Abdullah yang menggunakan rumah beliau sebagai rumah penginapan yang selesa untuk istirehat bersama keluarga.

Guest house adalah sebuah rumah teres setingkat corner lot dengan keluasan 30"x70" yang diubah suai sepenuhnya. Guest house ini terdiri daripada 3 buah bilik dan memiliki 2 bilik air. Bilangan tetamu yang mampu ditampung dalam satu-satu masa adalah seramai 15 orang. Untuk maklumat lanjut, disertakan nombor telefon dan alamat Warisan Guest House, Taman Pelangi Jementah, Segamat, Johor.

No. telefon : +6 012-6659674 (En. Azmi) / +6 012-3774460 (Pn. Diana)
Alamat : Taman Pelangi, Jalan Pelangi 10, Jementah, 85200 Segamat, Johor.
Email : warisan05azmi95@gmail.com
Laman Web : http://warisanguesthouse.blogspot.my


Physio.com

En Firdaus yang mempunyai Diploma dalm bidang Fisioterapi telah memulakan perniagaan pada tahun 2004. Sebelum ini beliau telah bekerja di beberapa hospital ternama seperti di Hospital Tropicana dan Hospital Sunway. En Firdaus menyediakan perkhidmatan rawatan secara terus ke rumah. Beliau mempunyai jurufisio dan jururawat terlatih yang akan datang bersama kelengkapan perubatan ke rumah pesakit.Perkhidmatan beliau lebih memudahkan kerana pesakit tidak perlu ke mana-mana untuk mendapatkan rawatan.

Antara perkhidmatan yang disediakan adalah rawatan fisioterapi, penjagaan selepas keluar hospital, pemeriksaan kesihatan dan sewaan peralatan perubatan. En Firdaus banyak menggunakan perkhidmatan yang disediakan di Pusat Ekonomi Digital . Beliau menggunakan untk membuat kertas kerja dan kemas kini servis yang diberikan. Selain daripada itu,beliau turut memohon bantuan pihak Pusat Ekonomi Digital untuk menghebahkan servis yang diberikan beliau kepada komuniti setempat.

No. telefon : +6 011-31076318 (En. Firdaus)
Alamat : No 35, Lot 635,Jln Utama, Kg Kubu Dedap,85200 Jementah, Segamat, Johor.
Email : -
Laman Web : http://facebook.com/physio.com

_________________________________________________________________________________________________________________________________________

Terminal Mobile Aksesori

Saudara Nazri merupakan pelajar lepasan STPM 2017 dalam bidang Sastera. Beliau mula berminat untuk berniaga apabila mempelajari subjek Perniagaan semasa di Tingkatan 6, di samping terdorong dengan rakan-rakan beliau yang turut berniaga untuk menambah pendapatan. Beliau akhirnya mengambil keputusan untuk memulakan perniagaan kecil-kecilan pada penghujung tahun 2017. Beliau bermula berniaga secara jualan bonet kereta dalam kawasan bandar Segamat, Johor.

Berkat usaha dan kegigihan beliau mula membuahkan hasil. Jualan aksesori telefon bimbitnya semakin meningkat. Rezeki juga berpihak kepada saudara Nazri apabila berjumpa dengan seorang rakan yang ingin membantu dalam perniagaan beliau. Beliau berjaya membuka sebuah kedai kecil hasil usahasama dengan rakan beliau itu.

Stok jualan yang naik mendadak selepas pembukaan kedai membuatkan saudara Nazri memerlukan strategi pemasaran baru.

Beliau akhirnya membuat keputusan untuk menggunakan medium Teknologi Informasi dan Komunikasi (ICT) untuk mempromosikan perniagaannya. Beliau menggunakan medium sosial media iaitu Facebook dan WhatsApp untuk mengiklankan aksesori telefon bimbit yang dijual. Beliau mengakui jualan aksesori semakin meningkat selepas membuat iklan di sosial media.

 

No. telefon : 010-7108654 (Nazri)
Alamat : No 233, Blok 11, Felda Palong Timur 2, Segamat, Johor.
Email : nazriana260@gmail.com
Laman Web : http://facebook.com/terminalmobileaksesori