Kelas Keusahawanan Canva

14 Mac 2024 | Aktiviti Terkini

Pada 13 Mac 2024, NaDi Kg Paya Jakas telah mengadakan satu kelas ICT – Canva. Kelas ini diadakan bertujuan untuk memberikan penerangan, panduan dan latihan berkaitan dengan penggunakan laman Canva untuk kemudahan para usahawan dalam mempromosikan perniagaan mereka bertujuan menarik minat para pelanggan. Di awal kelas, mereka di berikan penerangan berkaitan dengan fungsi yang terdapat di dalam laman Canva. Mereka juga diberikan penerangan berkaitan dengan cara untuk membuat poster dengan menggunakan Canva.

Mereka juga diberikan penerangan berkaitan cara untuk memuat naik gambar di dalam poster. Pelbagai jenis gambar boleh di muat naik di laman canva yang berkaitan dengan tema poster yang ingin di hasilkan. Diakhir kelas ini, mereka telah memahami cara untuk menggunakan Canva.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali