Kelas Pendaftaran Lesen Perniagaan SSM

12 Mac 2024 | Aktiviti Terkini

Pengurus NaDi telah membantu seorang usahawan kampung yang tinggal di Paya Jakas untuk mendaftarkan lesen perniagaan SSM miliknya. Beliau ialah Puan Hafizah yang menjalankan perniagaan menjual kerepek secara kecil-kecilan. Beliau telah menghubungi Pengurus NaDi dalam usahanya untuk mendapatkan lesen perniagaan SSM dengan lebih cepat dan mudah. Oleh yang demikian, beliau telah diterangkan mengenai pendaftaran secara dalam talian sahaja menggunakan portal Ezbiz yang tertakluk di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). Pendaftaran dilakukan dengan Puan Hafizah perlu mengemukakan dokumen butiran peribadi seperti kad pengenalan, surat beranak, nama emel sehingga ke peringkat janji temu.

Setelah selesai menjalani janji temu, Puan Hafizah perlu memberikan nama perniagaan, alamat perniagaan, jenis perniagaan sehingga ke peringkat pembayaran. Nama perniagaan beliau akhirnya telah didaftarkan dengan nama Perniagaan Kerepek Hafizah. Selain dapat menjimatkan masa dan kos, pendaftaran secara dalam talian ini membolehkan Puan Hafizah dapat mengenali NaDi secara lebih dekat.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali