ICT Pendaftaran PADU

5 Mac 2024 | Aktiviti Terkini

Pada 4 Mac 2024, Pelaksanaan pendaftaran dan pengemaskinian portal PADU di NaDi Paya Jakas telah diadakan bermula 2 Januari 2024 hingga 5 Januari 2024 pada hari isnin-jumaat bermula jam 9.30 pagi sehingga jam 5.30 petang. Kaunter fizikal di NaDi Paya Jakas akan diteruskan pada minggu hadapan iaitu pada 8 Januari 2024 hingga 12 Januari 2024. Seperti yang diwar-warkan kepada rakyat tempoh pengisian maklumat PADU ini adalah dibuka sehingga 31 Mac 2024.

Bagi memastikan pelaksanaan PADU di NaDi berjalan dengan lancar, peranan NaDi adalah menyediakan keperluan atau fasiliti untuk kegunaan kaunter fizikal PADU selain berfungsi sebagai lokasi dan tempat strategik kepada rakyat untuk mengemaskini maklumat peribadi di portal PADU, permudahcara/One Stop Center kepada rakyat setempat.

Seramai 2 orang wakil pegawai DOSM Negeri telah ditempatkan disetiap NaDi yang terpilih dalam gerak kerja perlaksanaan PADU untuk memastikan rakyat dapat mengemaskini maklumat dengan cara yang betul. Komuniti setempat yang mengalami masalah dan memerlukan bantuan untuk mengisi PADU boleh hadir ke kaunter fizikal PADU di NaDi yang terpilih.

Telah hadir Encik/Cik/Tuan/Puan Maksom bin Hassan untuk membuat pendaftaran PADU di dalam NaDi Paya Jakas. Rakyat diharuskan membuat pendaftaran secara persendirian menggunakan komputer yang disediakan di dalam NaDi oleh kerana data rahsia yang diperolehi setiap individu adalah sulit selain daripada NaDi membuka kaunter fizikal serta pekerja Jabatan Perangkaan hadir, maka rakyat boleh berkongsi maklumat hanya dengan pekerja Jabatan Perangkaan sahaja.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali