Kelas Membuat Tugasan Belajar (assignment)

22 Jun 2024 | Aktiviti Terkini

Pada 21 Jun 2024, telah didatangi adik Aina untuk meminta tunjuk ajar cara untuk mengerjakan tugasan belajar beliau, beliau sedang belajar di Kolej Komuniti Segamat dalam jurusan pembinaan. Beliau meminta tunjuk ajar cara untuk mengemaskini tugasan itu dan meminta untuk mencarikan dokumen serta info yang sesuai untuk mengerjakan tugasan belajar tersebut.

Adik Aina kurang mahir menyelami dunia google dan meminta tunjuk ajar cara untuk menyesuaikan data dengan tugasan belajar beliau. Adik Aina merupakan pelanggan tetap NADI Paya Jakas dan selalu hadir ke NADI untuk menggunakan fasiliti yang terdapat disini.

Kelas berlangsung selama 2 jam bermula jam 2.00 petang sehingga 4.00 petang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali