Kelas ICT – Microsoft Power Point

5 April 2024 | Aktiviti Terkini

Pada 4 April 2024, bertempat di Pusat Sebaran Maklumat Nasional ( NADI ) Paya Jakas, telah diadakan kelas ICT dalam bentuk pembelajaran Microsoft Power Point. Kelas ini merupakan kesinambungan kepada kelas-kelas ICT sebelum ini. Pelajar diajar tentang cara-cara untuk menggunakan ciri-ciri tambahan di dalam Microsoft Power Point seperti cara memasukkan gambar, jadual, bentuk dan carta. Kelas ini telah dapat membantu mereka menggunakan Microsoft Power Point dengan lebih mahir dan cekap. Pelajar juga berpeluang untuk bertanya dengan lebih terperinci mengenai perkara yang tidak diketahuinya kerana ingin menambahkan lagi ilmu untuk kegunaan masa akan datang. Pihak pengurusan juga turut mengajar serba sedikit mengenai shortcut yang boleh digunakan semasa pembuatan Microsoft Power Point tersebut.

Kelas ini berlangsung selama 1 jam bermula 2.00 petang hingga 3.00 petang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali