Taklimat TABIKA KEMAS

2 April 2024 | Aktiviti Terkini

Pada 1 April 2024, bertempat di Pusat Sebaran Maklumat Nasional ( NADI ) Paya Jakas, telah berlangsung Taklimat TABIKA KEMAS bertujuan untuk menerangkan kepada para pendidik TABIKA KEMAS cara penggunaan sistem catatan pengajaran harian secara online.

Disamping itu juga, dengan adanya Taklimat TABIKA KEMAS ini dapat mengeratkan lagi hubungan silaturahim di antara guru-guru. Di antara yang terlibat adalah NADI Paya Jakas, dan pendidik TABIKA KEMAS.

Taklimat ini berlangsung selama 3 jam bermula pada jam 2.00 petang dan tamat pada jam 5.00 petang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali