Perjumpaan Ketua Kampung dan Wakil Pelajar UiTM Segamat

22 Mei 2023 | Aktiviti Terkini

Pada 21 Mei 2023 bersamaan hari ahad, Ketua Kampung dan beberapa orang wakil pelajar UiTM Segamat hadir ke PEDi Kg Paya Jakas.Perjumpaan ini bertujuan untuk membincangkan mengenai sejarah Kampung Paya Jakas bagi menyiapkan tugasan yang diberikan kepada pelajar-pelajar UiTM Segamat ini sekali gus dapat memperkenalkan tempat-tempat menarik yang ada di sekitar kawasan Kampung Paya Jakas. Perjumpaan ini berlangsung selama 1 jam bermula 5.00 petang sehingga 6.00 petang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali