Bengkel Usahawan TEKUN Nasional

9 Oktober 2023 | Aktiviti Terkini

Satu siri webinar Usahawan TEKUN telah diadakan dengan jayanya pada 8 Oktober 2023 bersamaan hari Selasa menggunakan aplikasi Zoom. Webinar ini dikelolakan oleh pihak TEKUN Nasional dan PEDi Paya Jakas turut menyertai webinar ini dalam usaha untuk mendapatkan ilmu pengetahuan berkaitan permodalan di dalam perniagaan. Perkara ini semestinya untuk para usahawan yang bernaung di bawah PEDi untuk disampaikan ilmu berkaitan e-dagang ini yang amat bersesuaian.

Pengurus PEDi Paya Jakas turut mengajak seorang usahawan iaitu Encik Mohamad Harun bin Md Lajis untuk mendengar taklimat berkenaan. Beliau juga merupakan salah seorang usahawan yang baru berjinak menggunakan platform e-dagang bagi menambah lagi modal beliau di dalam perniagaan. Webinar ini berlangsung selama tiga jam dengan memfokuskan kepada aspek Pengenalan Geran daripada Kerajaan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali