Pembayaran Zakat Fitrah Online

8 April 2023 | Aktiviti Terkini

Pada 7 April 2023, komuniti setempat telah hadir ke PEDi Tanjung Piai untuk membuat pembayaran zakat fitrah secara dalam talian. Pembayaran zakat fitrah pada tahun ini mengikut Majlis Agama Islam Johor terbahagi kepada dua iaitu RM 7.00 dan RM 13.00 bergantung kepada jenis beras yang dimakan. Memandangkan kemudahan yang terdapat di PEDi sinonim dengan permohonan atau pun pembayaran secara dalam talian, maka pembayaran zakat fitrah adalah menjadi amat mudah dan menjadi pilihan sesetengah komuniti. Selain dapat beramah mesra bersama komuniti, kakitangan PEDi Paya Jakas turut mempromosikan perkhidmatan lain yang disediakan untuk digunakan sekiranya perlu.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali