Bengkel Pemasaran Digital: Pemerkasaan Pendigitalan Usahawan Kecil (PUPUK)

14 Julai 2023 | Aktiviti Terkini

Satu siri webinar eKelas Usahawan telah diadakan dengan jayanya pada 13 Julai 2023 bersamaan hari khamis menggunakan aplikasi Zoom. Webinar ini dikelolakan oleh pihak Maxis, Iskandar Malaysia Ecommerce dan Perbadanan Usahawan Johor Sdn Bhd (PUJB). PEDi Paya Jakas turut menyertai webinar ini dalam usaha untuk mendapatkan ilmu pengetahuan berkaitan perniagaan secara pendigitalan.

Perkara ini semestinya untuk para usahawan yang bernaung di bawah PEDi untuk disampaikan ilmu berkaitan e-dagang ini yang amat bersesuaian. Pengurus PEDi Paya Jakas turut mengajak seorang usahawan iaitu Encik Mohamad Harun bin Md Lajis untuk mendengar taklimat berkenaan. Beliau juga merupakan salah seorang usahawan yang baru berjinak menggunakan platform e-dagang sebagai teknik pemasaran perniagaannya. Webinar ini berlangsung selama tiga jam dengan memfokuskan kepada aspek Strategi Pemasaran Digital, Fotografi dan Penyuntingan Gambar, Copywriting, Perancangan Kempen dan Iklan serta Pengenalan Geran Digitalisasi Kerajaan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali