Mesyuarat Agung PIBG Sekolah Kebangsaan Paya Jakas kali ke 45

12 Jun 2023 | Aktiviti Terkini

Pada 11 Jun 2023, bertempat di SK Paya Jakas, telah berlangsung satu PIBG yang dianjurkan oleh SK Paya Jakas bertujuan untuk beberapa perkara iaitu memberi penerangan mengenai program yang akan dijalankan di sekolah serta penglibatan ibu bapa para murid di sekolah bertujuan untuk merapatkan lagi silaturrahim sesame warga sekolah. Di samping itu juga, guru SK Paya Jakas menjelaskan tentang bayaran yuran dan persekolahan anak-anak.

Selain daripada itu, guru dan ibu bapa dapat bersuai kenal sebelum sesi persekolahan bermula. Pihak PEDi juga turut hadir untuk memperkenalkan PEDi kepada sekolah dan mempromosikan program dan kegiatan yang diadakan di PEDi untuk menarik lebih ramai murid untuk hadir ke PEDi dan menggunakan khidmat yang ada di dalam PEDi. Mesyuarat ini berlangsung selama 3 jam bermula pada jam 10.00 pagi dan tamat pada jam 1.00 tengah hari.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali