Perjumpaan Ketua Kampung dan Majlis Perbandaran Segamat

10 April 2023 | Aktiviti Terkini

Pada 9 April 2023 bersamaan hari ahad, telah didatangi Ketua Kampung dan beberapa ahli Majlis Perbandaran Segamat di PEDi Kg Paya Jakas. Perjumpaan ini bertujuan untuk membincangkan mengenai agihan boring kepada pemilik pegangan berkadar iaitu orang yang mempunyai tanah sendiri untuk dinilai oleh Majlis Perbandaran Segamat. Orang majlis hadir bagi mewakili boring tersebut kepada ketua kampung untuk memudahkan penduduk di sekitar Jementah untuk mengisi boring tersebut yang dikatakan penting untuk status tanah mereka. Perjumpaan ini berlangsung selama 1 jam bermula 9.00 pagi sehingga 10.00 pagi.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali