Sambutan Maulidurasul Sekolah Agama Paya Jakas

6 Oktober 2023 | Aktiviti Terkini

Pada 5 Oktober 2023, bertempat di Masjid Kampung Paya Jakas, telah berlangsung Sambutan Maulidurasul Peringkat Komuniti Paya Jakas bertujuan untuk menggalakkan para pelajar dan ibu bapa mengingati bulan kelahiran Rasulullah s.a.w. Disamping itu juga, Pengurusan PEDi Paya Jakas juga mewawarkan tentang kelas tambahan secara percuma iaitu eKelas yang dianjurkan oleh Maxis.

Dengan adanya eKelas ini dapat meningkatkan tahap keyakinan diri para pelajar dan sekali gus dapat menambahkan ilmu pengetahuan secara digital. Di antara yang terlibat adalah pelajar sekolah, guru-guru, ibu bapa dan PEDi Paya Jakas. Program ini berlangsung selama 4 jam bermula pada jam 8.00 pagi dan tamat pada jam 12.00 tengah hari.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali