Pendaftaran Lesen SSM

10 November 2023 | Aktiviti Terkini

Pada 9 November 2023, Pengurus PEDi Paya Jakas telah membantu seorang usahawan iaitu Puan Nur Khalida untuk mendaftarkan lesen SSM miliknya melalui Skim Pendaftaran Perniagaan (SPP). Beliau merupakan seorang usahawan secara kecil-kecilan di kawasan Paya Jakas. Beliau menjalankan aktiviti perniagaan dengan menjual air susu keluaran Farm Fresh serta beberapa aneka makanan yang lain.

Oleh yang demikian, beliau ingin memohon lesen SSM bagi tujuan perniagaannya bagi membolehkan beliau memohon bantuan kerajaan berkaitan keusahawanan khususnya dari pihak TEKUN dan AIM.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali