Hari Kejohanan Olahraga Sekolah Kebangsaan Paya Jakas

20 Julai 2023 | Aktiviti Terkini

Pada 20 Julai 2023, bertempat di Sekolah Kebangsaan Paya Jakas, telah berlangsung Hari Kejohanan Olahraga Peringkat Sekolah bertujuan untuk menggalakkan para pelajar untuk bersukan dan bergiat aktif dalam aktiviti kokorikulum sekolah. Disamping itu juga, dengan adanya Hari Kejohanan Olahraga ini dapat meningkatkan tahap keyakinan diri para pelajar kerana disinilah para pelajar dapat menunjukkan potensi diri mereka yang sebenar selain daripada aktiviti pembelajaran di kelas.

Di antara yang terlibat adalah pelajar sekolah, guru-guru, ibu bapa dan penduduk di sekitar Kampung Paya Jakas. Hari Kejohanan Olahraga ini berlangsung selama 6 jam bermula pada jam 7.00 pagi dan tamat pada jam 1.00 petang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali