Kelas e Learning - Pembelajaran Dalam Permainan

11 Jun 2023 | Aktiviti Terkini

Pada 10 Jun 2023, pihak pengurusan Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kg. Paya Jakas telah menerima kunjungan daripada sekumpulan pelajar sekolah. Pengurus PEDi Kg. Paya Jakas mengajar mereka cara-cara untuk bermain permainan secara dalam talian iaitu permainan menyusun gambar “jigsaw puzzle”. Tujuan pembelajaran ini dijalankan adalah untuk meningkatkan tahap tumpuan pelajar – pelajar sekolah ini dan sekali gus akan meningkatkan daya kreativiti para pelajar. Pembelajaran ini telah berlangsung selama 2 jam bermula dari jam 3 petang hingga 5 petang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali