Mesyuarat Agung Peladang Unit Kampung Paya Jakas

22 Mac 2023 | Aktiviti Terkini

Pada 21 Mac 2023, bertempat di PEDi Kampung Paya Jakas, telah berlangsung satu Mesyuarat Agung Peladang Unit Kampung Paya Jakas bertujuan untuk memberi pendedahkan kepada penduduk kampung apakah bantuan dan sumbangan yang akan diperolehi jika mengikuti Pertubuhan Peladang Negeri Johor ini. Antara bantuan yang boleh diperolehi adalah bantuan anak pokok, baja, peralatan dan lain-lain lagi.

Mesyuarat ini adalah inisiatif daripada Peladang Unit Kampung Paya Jakas bagi membantu meningkatkan produktiviti pekebun-pekebun di masa hadapan agar bantuan-bantuan daripada Kerajaan ini boleh disalurkan terus kepada yang berkelayakkan. Mesyuarat ini berlangsung selama 3 jam bermula pada jam 2.00 petang dan tamat pada jam 5 petang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali