Program Jelajah Tanpa Tunai

22 Januari 2023 | Aktiviti Terkini

Pada 21 Januari 2023, bertempat di Taman Yayasan Segamat telah berlangsung Program Jelajah Tanpa Tunai bertujuan untuk memudahkan para peniaga dan pembeli membuat bayaran tanpa tunai (cashless). Disamping itu juga, program ini turut mengadakan program KITAR semula dengan mengumpul barangan mobile e-waste sekali gus memberi kesedaran kepada penduduk tempatan untuk pembuangan barangan telefon di tempat yang betul bagi menjamin kelestarian alam sekitar kita. Di antara yang terlibat adalah pihak Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Paya Jakas, Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Taman Yayasan, ibu bapa dan kanak-kanak.

Program ini berlangsung selama 7 jam bermula pada jam 10.00 pagi dan tamat pada jam 5.00 petang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali