Majlis Khatam Al-Quran Sekolah Kebangsaan Paya Jakas

13 Februari 2023 | Aktiviti Terkini

Pada 12 Februari 2023, bertempat di Sekolah Kebangsaan Paya Jakas telah berlangsung Majlis Khatam Al-Quran. Majlis Khatam Al-Quran adalah program mengimarahkan bacaan Al-Quran di dalam diri setiap pelajar. Sempena program istimewa ini, para pelajar perlu khatam Al-Quran di dalam tempoh yang telah diberikan.

Disamping itu juga, pelbagai hadiah menarik menanti kepada semua para pelajar yang menjayakan program ini dan sebagai pendorong dan galakkan kepada para pelajar agar dapat menjadi contoh kepada para pelajar yang lain. Di antara yang terlibat adalah pihak Sekolah Kebangsaan Paya Jakas dan Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Paya Jakas.

Majlis ini berlangsung selama 4 jam bermula pada jam 8.00 pagi dan tamat pada jam 12.00 tengah hari.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali