Kelas Words Search

11 Jun 2022 | Aktiviti Terkini

Pada 10 Jun 2022, Pihak pengurusan Pusat Ekonomi Digital Kampung Paya Jakas telah mengadakan Kelas Word Search selama 2 jam. Kelas ini dijalankan bermula pada jam 10.00 pagi hingga 12.00 tengahari. Tujuan kelas ini diadakan untuk menguji ketajaman fikiran dan melatih tahap fokus peserta dalam mencari perkataan-perkataan yang tersembunyi. Para peserta telah diminta untuk menacari perkataan-perkataan Bahasa Melayu di ruangan “Teka Silang Kata Cikgu Fadil” seperti Kata Majmuk, Kata Hubung dan Kata Ganti Nama. Pada akhir kelas, para peserta berasa sangat seronok dengan aktiviti berilmiah seperti ini dan berharap akan ada lagi sambungan kelas seperti ini pada masa depan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali