Webinar Program Penerimagunaan Digital MDEC Di PEDi

21 Mei 2022 | Aktiviti Terkini

Satu sesi webinar berkaitan program penerimagunaan digital anjuran pihak MDEC telah diadakan kepada semua PEDi yang telah mendaftar secara atas talian. Webinar ini telah diadakan pada 19 Mei 2022 bersamaan hari khamis. Seramai lebih 90 peserta yang terdiri daripada Pengurus PEDi seluruh Malaysia telah menghadiri taklimat yang diadakan menggunakan platform Zoom. Antara pengisian yang dipaparkan oleh pihak MDEC ialah berkaitan program eUsahawan dan PeDAS, keushawanan digital, ekonomi perkongsian, Warongku dan Pos Malaysia. Kesemua paparan yang dipaparkan adalah berkonsepkan digital dan disampaikan oleh pegawai yang terlatih dari agensi masing-masing. Menurut pihak MDEC, sebanyak 30 PEDi terpilih akan dijadikan sebagai pusat penerimaan digital yang dikelolakan di bawah MDEC pada tahun 2022 berbanding 5 pada tahun 2021.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali