Program Sedekah Hari Jumaat

30 Julai 2022 | Aktiviti Terkini

Pada 29 Julai 2022, bertempat di Kampung Paya Jakas telah berlangsung satu program daripada Masjid Kampung Paya Jakas. Pihak masjid telah menganjurkan Program Sedekah Hari Jumaat bertujuan untuk memberikan peluang dan ruang kepada penduduk tempatan untuk menyumbang makanan mengikut kemampuan mereka. Disamping itu juga, pihak masjid turut menyediakan tempat pengumpulan makanan agar memudahkan penduduk tempatan untuk mengambil makanan. Di antara yang terlibat adalah pihak Masjid Kampung Paya Jakas , PEDi Paya Jakas dan Penduduk Kampung Paya Jakas.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali