Pendaftaran Pembaharuan Lesen Memandu Secara Atas Talian Melalui Portal MyEG

13 Mei 2022 | Aktiviti Terkini

Pada 12 Mei 2022, Pengurus PEDi Paya Jakas telah membantu seorang ahli yang berdaftar di bawah PEDi untuk memperbaharui lesen memandunya secara dalam atas talian. Beliau ialah Cik Fatin Atikah Hamzah yang merupakan penduduk dari Paya Jakas dan bekerja sebagai seorang kerani di kawasan Perindustrian Jementah. Beliau telah menghubungi pengurus PEDi untuk memberikannya tunjuk ajar dan membimbingnya untuk memperbaharui lesen memandu beliau. Hal ini demikian kerana, beliau berasa sukar untuk ke kaunter JPJ memandangkan waktu kerjanya yang agak tidak fleksibel. Oleh itu, Penolong Pengurus PEDi Paya Jakas telah mendaftarkannya dalam portal MyEg dengan cara mendaftarkan akaun pengguna terlebih dahulu. Seterusnya diikuti dengan langkah-langkah dengan pengisian maklumat peribadi, gambar dan terakhirnya kaedah pembayaran. Beliau akhirnya memperoleh salinan lesen memandu secara sementara yang diterima melalui emel disebabkan proses penghantaran lesen memakan masa sehingga 5 hari bekerja. Pendaftaran melalui portal berkenaan berlangsung selama 1 jam.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali