Pendaftaran Lesen SSM Melalui SPPP

16 Jun 2022 | Aktiviti Terkini

Pada 15 Jun 2022 bersamaan hari ahad, Pengurus PEDi Paya Jakas telah membantu seorang usahawan iaitu Puan Nur Khalida untuk mendaftarkan lesen SSM miliknya melalui Skim Pendaftaran Perniagaan Prihatin (SPPP). Beliau merupakan seorang jururawat yang berkhidmat di Klinik Desa Kebun Baru, Tangkak. Selain menjadi kakitangan kerajaan beliau juga menjalankan aktiviti perniagaan secara sampingan iaitu dengan menjual air susu keluaran Farm Fresh serta beberapa aneka makanan yang lain.

Oleh yang demikian, beliau ingin lesen SSM bagi tujuan untuk memohon bantuan berkaitan keusahawanan khususnya dari pihak TEKUN dan AIM. Segala urusan pendaftaran hanya melalui aplikasi Whatsapp sahaja dan beliau memberikan segala maklumat butiran peribadi sebagai langkah awal untuk pendaftaran akaun Ezbiz. Pendaftaran di peringkat permulaan ini hanya berlangsung selama setengah sahaja sehingga proses membuat janji temu bersama pegawai SSM melalui video call Whatsapp. Secara tidak langsung membolehkan Puan Nur Khalida berkomunikasi dengan PEDi Paya Jakas.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali