Pendaftaran Mysejahtera Barkod Untuk Premis Perniagaan Usahawan

9 Mei 2022 | Aktiviti Terkini

Encik Zulkifli bin Mohammed merupakan seorang usahawan yang menjalankan perniagaan kuih-muih tradisional secara kecil-kecilan. Beliau tinggal di kawasan Taman Jakas, Jementah, Segamat dan terletak lebih kurang 5 kilometer dari Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Paya Jakas. Beliau telah hadir pada 8 Mei 2022 bersamaan hari ahad dan meminta bantuan oleh Penolong Pengurus PEDi untuk mendaftarkan MySejahtera barkod di premis perniagaan miliknya. Oleh itu, Pengurus PEDi telah membantu beliau untuk menyiapkan barkod tersebut dengan jayanya dan mengambil masa kira-kira 30 minit sahaja.

Pendaftaran ini dijalankan secara percuma sahaja dan pengurus PEDi sempat menerangkan kepada Encik Zulkifli mengenai sistem perkhidmatan PEDi yang baru. Menurut beliau, ini adalah kali pertama beliau menjejakkan kaki ke PEDi Paya Jakas dan pada sebelum ini hanya melihat melalui laman sesawang Facebook sahaja. Pada akhirnya, perniagaan beliau melalui barkod MySejahtera telah didaftarkan. Perniagaan kuih-muih beliau ini diniagakan di Taman Jementah Baru, Jementah.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali