Kelas Multimedia – Photo Editing

14 Januari 2022 | Aktiviti Terkini

Pada 13 Januari 2022, PEDi Kg. Paya Jakas telah membantu seorang penduduk setempat yang berumur 17 tahun untuk menghasilkan sebuah penyuntingan gambar. Beliau dipertanggungjawabkan untuk menghasilkan sebuah gambar berkenaan kerja sekolah yang diberikan oleh gurunya. Justeru, beliau berminat dan telah datang ke PEDi Kg. Paya Jakas untuk menggunakan kemudahan serta khidmat nasihat dalam menghasilkan penyuntingan gambar yang menarik serta kreatif dengan tunjuk ajar orang yang pakar dalam bidang penyuntingan gambar menggunakan perisian Adobe Photoshop yang telah disediakan di dalam komputer PEDi Kg. Paya Jakas. Beliau dapat mempraktikkan pengajaran tersebut lalu menghasilkan sebuah gambar yang kreatif dan menarik perhatian. Kelas ini berlangsung selama 2 jam bermula dari jam 3.00 petang hingga jam 5.00 petang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali