Kelas Mengaji anjuran MPKK Kampung Paya Jakas

13 September 2022 | Aktiviti Terkini

Pada 12 September 2022, hari isnin, telah berlangsung satu aktiviti kelas mengaji anjuran MPKK Kampung Paya Jakas. Guru yang dijemput adalah seorang guru mengaji dari Segamat. Ramai penduduk perempuan telah hadir dalam menuntut ilmu mempelajari al-quran dan bertanya kepada guru sekiranya terdapat perkara yang tidak difahami. Kelas berlangsung selama 2 jam bermula 3 petang sehingga 5 petang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali