MIVO 3 (Malaysian ICT Volunteer)

10 Jun 2022 | Aktiviti Terkini

MIV ialah satu platform Sukarelawan ICT yang menyasarkan untuk mengelolakan Sukarelawan ICT sebagai sumber yang boleh membantu pelbagai komuniti di kawasan –kawasan yang telah dikenal pasti di dalam penggunaan dan pembangunan ICT di dalam komuniti. MIV menggalakkan warga digital dan media literasi untuk menyertai secara berkesan, beretika dan dengan bertanggungjawab serta mendorong permintaan untuk komunikasi dan perkhidmatan multimedia. Program ini akan berjalan selama 3 bulan. Sesi pendaftaran sukarelawan MIVO 3 akan dibuka sehingga 12 Jun 2022.

Program ini terbuka untuk semua rakyat Malaysia yang berumur 18 tahun keatas, mempunyai minimum SPM dan mahir dalam mengunakan media sosial dan peranti pintar. Sukarelawan berpeluang untuk menyumbang kepada komuniti setempat melalui mediasosial dan platform komunikasi online yang lain bagi mengelakkan penularan Covid-19. Sebarang maklumat lanjut boleh layari laman sesawang MIV seperti website , Facebook dan Instagram MIV. Jom bersama sertai MIVO 3. MIVO : Sukarelawan untuk Semua.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali