Majlis Sambutan Hari Guru SK Paya Jakas

17 Mei 2022 | Aktiviti Terkini

Pada 16 Mei 2022, bertempat di Sekolah Kebangsan Paya Jakas telah mengadakan Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah. Kakitangan PEDi Paya Jakas telah mengambil inisiatif sempena hari guru dengan menawarkan bantuan kepada mana-mana penduduk setempat yang ingin menyertai majlis berkah tersebut sekaligus mengenal dengan lebih rapat kanak-kanak yang terdapat di SK Paya Jakas Jementah tersebut dengan bertujuan ingin memperkenalkan Pusat Ekonomi Digital (PEDi) untuk kegunaan masa akan datang. Majlis berlangsung dengan dihadiri para guru sekolah di kawasan sekitar, ibu bapa murid juga terlibat dalam majlis ini. Kemudian, murid-murid diberikan sedikit cenderahati kerana menghadiri majlis tersebut. Majlis berlangsung selama 2 jam bermula 8.00 malam hingga 10.00 malam.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali