Ekspo Kerjaya Jamin Kerja 2022

23 Julai 2022 | Aktiviti Terkini

Pada 23 hingga 27 Julai 2022, bertempat di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL), telah berlangsung Ekspo Kerjaya Jamin Kerja 2022 bertujuan untuk membuka ruang dan peluang pekerjaan kepada Rakyat Malaysia iaitu lebih 30,000 peluang pekerjaan daripada 1,000 majikan pelbagai sektor menanti termasuk pekerjaan gig dan keusahawanan. Disamping itu juga, pelbagai hadiah menarik menanti 200 peserta terawal setiap hari yang mendaftar dan menghadiri ekspo ini. Di antara yang terlibat adalah pihak PERKESO dan Kementerian Sumber Manusia. Temuduga ini berlangsung selama 3 hari bermula pada jam 9.00 pagi dan tamat pada jam 5.00 petang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali