Hari Perjumpaan Ibu Bapa Sekolah Kebangsaan Paya Jakas

16 Ogos 2022 | Aktiviti Terkini

Pada 15 Ogos 2022, bertempat di Sekolah Kebangsaan Paya Jakas, telah berlangsung Hari Perjumpaan Ibu Bapa Pelajar Sekolah Kebangsaan Paya Jakas bertujuan untuk menggalakkan para pelajar tahun enam untuk bergiat aktif di dalam aktiviti dan program yang di anjurkan oleh pihak sekolah.

Disamping itu juga, Pengurus PEDi Paya Jakas juga mewawarkan tentang kelas tambahan secara percuma iaitu eKelas dan program HIP StoryFest yang dianjurkan oleh Maxis tarikh tamatnya ialah 31 Ogos 2022. Dengan adanya eKelas dan program ini dapat meningkatkan tahap keyakinan diri para pelajar dan sekali gus dapat menambahkan ilmu pengetahuan secara digital.

Di antara yang terlibat adalah pelajar sekolah, guru-guru, ibu bapa dan staf PEDi Paya Jakas.

Hari Perjumpaan ini berlangsung selama 3 jam bermula pada jam 2.00 petang dan tamat pada jam 5.00 petang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali