Permohonan Temujanji Pembaharuan VISA

21 April 2022 | Aktiviti Terkini

Pada 20 April 2022 bersamaan hari Rabu, Puan Rasimah telah hadir ke PEDi Paya Jakas untuk dibantu bagi permohonan janji temu visa untuk membuat kerjanya sebagai seorang agent. Oleh yang demikian, penolong pengurus PEDi telah membantu beliau dengan kaedah daftar masuk ke laman web rasmi Jabatan Imigresen Malaysia bagi tujuan janji temu. Permohonan janji temu ini berlangsung selama setengah jam sahaja memandangkan kesemua dokumen dan maklumat peribadi yang dibawa oleh Puan Rasimah telah disediakan dengan jayanya.

Puan Rasimah ialah seorang pekerja di kedai makan dan membuat kerja sambilan dengan menguruskan hal mengenai VISA pekerja yang berasal dari Nepal, Puan Rasimah membantu dalam memperbaharui VISA mereka.

Temu janji tersebut berlangsung selama 2 jam, bermula 2.00petang hingga 4.00petang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali