Program Bicara Klik Dengan Bijak, “Awas, Jenayah Siber!” Siri 3/2022

22 April 2022 | Aktiviti Terkini

Pada 21 April 2022, bersamaan hari Khamis, Penolong Pengurus PEDi Paya Jakas telah mengikuti satu sesi perkongsian di Zoom Meeting & Facebook Live. Perkongsian ini adalah mengenai bicara Klik Dengan Bijak bertajuk Awas, Jenayah Siber! Siri 3/2022.

Kursus ini disampaikan oleh Penolong Pengarah Pejabat MCMC Negeri Johor, Puan Nur Adilah Samsudin & Timbalan Pengarah Jabatan Program Komuniti MCMC, Ts. Md Tahir Musa.

Program ini berlangsung selama 1 Jam bermula 10.00 pagi hingga 11.00 pagi.

Tujuan program ini disampaikan adalah untuk memberi kesedaran mengenai janayah siber yang semakin berleluasa di masa kini, Penceramah memberi pendedahan tentang jenis-jenis jenayah siber/scam iaitu penipuan melalui telefon, penipuan pinjaman tidak wujud, penipuan pembelian dalam talian & phishing.

Setelah selesai sesi bicara, penceramah meminta untuk mengisi borang online bertujuan untuk memudahkan para peserta yang menghadiri perbualan tersebut faham dan sentiasa berwaspada dengan sebarang jenayah siber di media sosial.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali