Majlis Tahlil Tadika Agama Johor Peringkat Segamat

16 April 2022 | Aktiviti Terkini

Pada 15 April 2022, bertempat di Tadika Agama Johor Jementah telah mengadakan Majlis Tahlil Peringkat Segamat.

Kakitangan PEDi Paya Jakas telah mengambil inisiatif sempena kedatangan bulan Ramadan Al-Mubarak dengan menawarkan bantuan kepada mana-mana penduduk setempat yang ingin menyertai majlis berkah tersebut sekaligus mengenal dengan lebih rapat kanak-kanak yang terdapat di Tadika Agama Johor (TAJ) Jementah tersebut dengan bertujuan ingin memperkenalkan Pusat Ekonomi Digital (PEDi) untuk kegunaan masa akan datang.

Majlis berlangsung dengan dihadiri para guru Tadika di kawasan sekitar, ibu bapa murid juga terlibat dalam majlis ini.

Kemudian, murid-murid diberikan sedikit cenderahati kerana menghadiri majlis tersebut.

Majlis berlangsung selama 2 jam bermula 10.00pagi hingga 12.00 tengahari.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali