Sesi Perkongsian Daripada Facebook Live KKMM Mengenai Prapelancaran PerantiSiswa Oleh Menteri Komunikasi & Multimedia

15 April 2022 | Aktiviti Terkini

Pada 14 April 2022, bersamaan hari Khamis, Penolong Pengurus PEDi Paya Jakas telah mengikuti satu sesi perkongsian berkaitan digital perniagaan melalui Facebook rasmi Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) . Perkongsian ini adalah mengenai Prapelancaran PerantiSiswa oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Datuk Seri Panglima TPr Annuar Haji Musa pada hari ini, 14 April 2022 pukul 11.00 pagi di Facebook Live K-KOMM.

Kira-kira 350,000 mahasiswa bakal terima peranti tablet menerusi program PerantiSiswa Keluarga Malaysia, Peranti program PerantiSiswa adalah premium, berkualiti tinggi, jenama terkenal, PerantiSiswa mula diagih kepada mahasiswa pada Jun 2022.

Kakitangan PEDi Paya Jakas merasakan topik perkongsian ini amat menarik memandangkan konsep digital terhadap perniagaan itu sinonim dengan transformasi PEDi secara amnya.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali