Program Permohonan Baru Pengeluaran Khas KWSP 2022 & Advokasi KDB

2 April 2022 | Aktiviti Terkini

Sepanjang 1 April hingga 30 April 2022, bertempat di Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Paya Jakas, telah diadakan program permohonan baru Pengeluaran Khas KWSP 2022.

Tujuan Program ini diadakan bagi memudahkan urusan penduduk Kg Paya Jakas dan kawasan sekitar untuk memohon Pengeluaran Khas KWSP secara atas talian dengan bantuan staff PEDi.

Mempromosikan PEDi kepada masyarakat sebagai pusat komuniti dan keusahawanan yang mempunyai kepelbagaian fungsi selain pusat pembelajaran.

Memudahkan urusan penduduk setempat dalam memohon Pengeluaran Khas KWSP 2022 atas sebab syarat utama untuk memohon hanyalah di atas talian di laman sesawang www.pengeluarankhas.kwsp.gov.my

Membantu penduduk kampung untuk membuat permohonan baru Pengeluaran Khas 2022 limit RM10,000.00 dan minima RM50.00 tertakluk kepada terma dan syarat.

Memberi penerangan dan menjawap soalan yang ditanya oleh penduduk mengenai Pengeluaran Khas KWSP.

Terbuka sepanjang hari bermula tarikh 1 April Hingga 30 April 2022.

Melakukan semakkan pada tarikh 14 April 2022 dan seterusnya.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali