Sambutan Maulidurasul Sekolah Agama Paya Jakas

2 November 2022 | Aktiviti Terkini

Pada 1 November 2022, bertempat di Sekolah Agama Paya Jakas, telah berlangsung Sambutan Maulidurasul Peringkat Sekolah Agama Paya Jakas bertujuan untuk menggalakkan para pelajar mengingati bulan kelahiran Rasulullah s.a.w. Disamping itu juga, Pengurusan Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia, PEDi Paya Jakas juga mewawarkan tentang kelas tambahan secara percuma iaitu eKelas yang dianjurkan oleh Maxis. Dengan adanya eKelas ini dapat meningkatkan tahap keyakinan diri para pelajar dan sekali gus dapat menambahkan ilmu pengetahuan secara digital. Di antara yang terlibat adalah pelajar sekolah, guru-guru, ibu bapa dan PEDi Paya Jakas.

Program ini berlangsung selama 3 jam bermula pada jam 2.00 petang dan tamat pada jam 5.00 petang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali