Bengkel Mengemaskini Data Kg Paya Jakas

22 Januari 2022 | Aktiviti Terkini

Pada 21 Januari 2022, bertempat di Pusat Internet Kampung Paya Jakas, telah berlangsung satu Bengkel Mengemaskini Data Penduduk Kampung Paya Jakas bertujuan untuk memberi pendedahkan kepada penduduk kampung tentang cara bagaimana untuk mengemaskini maklumat-maklumat peribadi mereka di dalam website. Selain itu, mereka juga mengisi maklumat tentang pertambahan bilangan ahli keluarga.

Bengkel ini adalah inisiatif daripada Ahli Jawatankuasa Kampung Paya Jakas bagi membantu untuk mendapatkan maklumat semasa mengenai penduduknya agar maklumat-maklumat yang ada boleh diguna pakai pada masa hadapan.

Bengkel ini berlangsung selama 2 jam bermula pada jam 3.00 petang dan tamat pada jam 5.00 petang

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali