Program Berkhatan Dan Khidmat Masyarakat

19 Disember 2022 | Aktiviti Terkini

Pada 18 Disember 2022, bertempat di Masjid Kampung Paya Jakas telah berlangsung Program Berkhatan Dan Khidmat Masyarakat bertujuan untuk memudahkan ibu bapa mengkhatankan anak-anak mereka di musim cuti sekolah ini. Disamping itu juga, program ini adalah program khidmat masyarakat bagi memuliakan dan menyemarakkan lagi sunnah Rasullulah s.a.w. kepada muslimin dan muslimat. Di antara yang terlibat adalah pihak Ahli Jawatankuasa Masjid Kampung Paya Jakas, Sinar Haemodialisis, Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Paya Jakas, ibu bapa dan kanak-kanak.

Program ini berlangsung selama 6 jam bermula pada jam 7.30 pagi dan tamat pada jam 1.30 tengah hari.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali