Sambutan Hari Kanak – Kanak Sekolah Kebangsaan Paya Jakas

8 Disember 2022 | Aktiviti Terkini

Pada 7 Disember 2022, bertempat di Sekolah Kebangsaan Paya Jakas telah berlangsung Sambutan Hari Kanak-Kanak. Hari Kanak-Kanak adalah acara tahunan disambut bagi menggalakkan kesedaran tentang isu-isu yang dihadapi oleh kanak-kanak di seluruh dunia. Sempena hari istimewa ini, orang ramai harus menyambutnya sebagai suatu hari untuk kegiatan yang tertumpu kepada mempertingkatkan idea dan objektif untuk piagam dan kebajikan untuk kanak-kanak di seluruh dunia.

Disamping itu juga, pelbagai hadiah menarik menanti kepada semua kanak-kanak yang menjayakan program ini. Di antara yang terlibat adalah pihak Sekolah Kebangsaan Paya Jakas dan Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Paya Jakas.

Program ini berlangsung selama 4 jam bermula pada jam 8.00 pagi dan tamat pada jam 12.00 tengah hari.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali