Lawatan Penandaarasan oleh Uganda Communication Commission (UCC), Headquarter MCMC, MCMC Johor State Officer, Maxis & Sprintz Designs ke PEDi Kg Paya Jakas

11 Ogos 2022 | Aktiviti Terkini

Pada 10 Ogos 2022, bersamaan hari Rabu, telah berlangsung satu lawatan khas dari Uganda Communication Commission (UCC), Wakil Headquarter MCMC Kuala Lumpur, MCMC Johor State Officer, Maxis dan Sprintz Designs di Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kampung Paya Jakas.

Lawatan Khas ini bertujuan untuk menceritakan hal-hal yang dijalankan di dalam PEDi, tujuan kewujudan PEDi, kerja-kerja yang dijalankan oleh Pengurus, Penolong Pengurus & Rakan Digital di dalam PEDi.

Selian dari itu, kami juga berkongsi info mengenai penduduk setempat, populasi penduduk, usahawan yang aktif di dalam PEDi untuk berkongsi ilmu pengetahuan serta cerita yang menarik kepada wakil UCC.

Wakil MCMC, Maxis dan Sprintz Designs juga turut membantu dalam menjayakan komunikasi bersama pihak UCC dengan harapan PEDi di dalam Malaysia lebih dikenali sehingga luar negara.

Pihak pengurusan PEDi turut memanggil usahawan yang aktif di dalam PEDi untuk mempamerkan produk perniagaan mereka kepada pihak UCC.

Semoga dengan lawatan khas ini dapat mengharumkan lagi nama Malaysia di persada dunia.

Program berlangsung selama 4 jam bermula 10.00pagi sehingga 2 petang termasuk waktu makan pagi dan tengahari.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali