Program Semarak Bulan Kemerdekaan

31 Ogos 2021 | Aktiviti Terkini

Pada 30 Ogos 2021, bertempat di Pekan Jementah telah berlangsung Program Semarak Bulan Kemerdekaan Kepada Penduduk Jementah bertujuan untuk menyemarakkan lagi semangat patriotik dalam kalangan masyarakat. Program ini adalah usaha sama dari pelbagai pihak iaitu dari Pusat Ekonomi Digital Komuniti Kg Paya Jakas, Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Jementah dan usahawan-usahawan yang berada di Pekan Jementah. Encik See Ann Giap selaku Pengerusi NGO Jementah turut membantu mengedarkan Jalur Gemilang kepada para peniaga di sekitar Pekan Jementah.

Di samping itu juga, Pengurus Pusat Ekonomi Digital Paya Jakas juga mewawarkan tentang kelas tambahan secara percuma iaitu eKelas yang dianjurkan oleh Maxis. Dengan adanya eKelas ini dapat meningkatkan tahap keyakinan diri para pelajar dan sekali gus dapat menambahkan ilmu pengetahuan secara digital. Di antara yang terlibat adalah Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO), ibu bapa, Penduduk Jementah dan Pusat Ekonomi Digital Komuniti Paya Jakas. Program ini berlangsung selama 2 jam bermula pada jam 9.00 pagi dan tamat pada jam 11.00 pagi.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali