Kelas Multimedia – Photo Editing

23 Mei 2021 | Aktiviti Terkini

Pada 22 Mei 2021, Pusat Ekonomi Digital Kg. Paya Jakas telah membantu seorang penduduk setempat yang berumur 57 tahun untuk menghasilkan sebuah penyuntingan gambar. Beliau dipertanggungjawabkan untuk menghasilkan sebuah gambar berkenaan perniagaan yang akan dijalankannya kelak. Justeru, beliau berminat dan telah datang ke Pusat Ekonomi Digital Kg. Paya Jakas untuk menggunakan kemudahan serta khidmat nasihat dalam menghasilkan penyuntingan gambar yang menarik serta kreatif dengan tunjuk ajar orang yang pakar dalam bidang penyuntingan gambar menggunakan perisian Adobe Photoshop yang telah disediakan di dalam komputer Pusat Ekonomi Digital Kg. Paya Jakas. Beliau dapat mempraktikkan pengajaran tersebut lalu menghasilkan sebuah gambar yang kreatif dan menarik perhatian. Kelas ini berlangsung selama 3 jam bermula dari jam 9.00 pagi hingga jam 12.00 tengahari.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali