Mesyuarat Peladang Unit Kampung Paya Jakas

4 Mei 2021 | Aktiviti Terkini

Pada 3 Mei 2021, bertempat di Pusat Ekonomi Digital Kampung Paya Jakas, telah berlangsung satu Mesyuarat Peladang Unit Kampung bertujuan untuk memberi pendedahkan kepada pekerja baru dan pelajar praktikal universiti awam tentang cara bagaimana untuk mengemaskini maklumat-maklumat pertanian. Selain itu, mereka juga mengisi maklumat tentang tanaman apa yang di usahakan oleh penduduk Daerah Segamat bagi tahun 2020 dan 2021 seperti tanaman jagung, keladi, bayam, bendi dan lain-lain lagi.

Bengkel ini adalah inisiatif daripada Peladang Unit Kampung Paya Jakas bagi membantu meningkatkan produktiviti pekerja-pekerjanya di masa hadapan agar maklumat-maklumat yang ada boleh diguna pakai pada masa hadapan. Bengkel ini berlangsung selama 3 jam bermula pada jam 2.00 petang dan tamat pada jam 5 petang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali