Program Spark UsahaWIRA Maxis Business

26 Ogos 2021 | Aktiviti Terkini

Pada 24-25 Ogos 2021, telah berlangsung Program Spark UsahaWIRA Maxis Business bertujuan untuk membantu peniaga-peniaga yang berada di bandar dan juga di luar bandar untuk meningkatkan hasil jualan mereka secara dalam talian (online).

Program ini adalah usaha sama dari pelbagai pihak iaitu dari Maxis, Kementerian Komunikasi dan Multimedia (MCMC), Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi, My Digital, Institut Koperasi Malaysia dan lain-lain lagi.

Program ini bertujuan untuk memberi pengetahuan kepada peniaga-peniaga bahawa perniagaan di dalam talian juga menguntungkan disamping dapat menambahkan lagi produktiviti para peniaga.

Program ini berlangsung selama 9 jam bermula pada jam 9.30 pagi dan tamat pada jam 6.30 petang selama 2 hari berturut-turut. Program ini berlangsung secara dalam talian (online).

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali