Kelas Website – Pengenalan Blog

23 Mac 2021 | Aktiviti Terkini

Pada 22 Mac 2021, bertempat di Pusat Ekonomi Digital Kg. Paya Jakas, pihak pengurusan telah mengadakan satu kelas Website iaitu pengenalan kepada blog. Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk membantu pelajar lebih mengenali fungsi dan kegunaan blog sebagai satu platfom untuk menyebarkan maklumat yang benar dan mempromosikan barang niaga kelak.

Dalam kelas ini, 1 orang telah hadir dan membincangkan mengenai maklumat yang boleh diperolehi melalui blog, cara untuk membuat dan mengurus sesuatu akaun blog dan cara kegunaan yang betul supaya tidak menyebarkan berita palsu.

Mereka telah belajar cara-cara untuk mendaftar halaman perniagaan di dalam blog. Beliau juga belajar cara-cara untuk mengingklankan halaman tersebut serta cara untuk mendapat capaian iklan yang tinggi. Pihak pengurusan mengajar cara untuk memasukkan gambar, memilih template blog, cara memuatnaik video, membuat hashtag bertujuan lebih mudah dikenali dan cara untuk menarik minat pembeli untuk membeli produk mereka kelak.

Kelas berlangsung selama 3 jam bermula dari 2.00 petang hingga 5.00 petang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali